• misi
  • visi
  • prasekolah
  • Banner baru
  • Kad Raya UPK 2017


Piagam Pelanggan

Print
Most Hit
Category: Profil Published on Wednesday, 12 December 2012 Written by Administrator

PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan :

  1. Keputusan tawaran kemasukan murid ke institusi pendidikan dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan.
  2. Keputusan permohonan belajar semula/ pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
  3. Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
  4. Calon guru yang  berjaya mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dimaklumkan tidak lewat daripada 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran.
  5. Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan tidak lewat daripada 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
  6. Surat kelulusan tawaran biasiswa atau pinjaman dikeluarkan kepada pelajar dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  dalam tempoh 14 hari bekerja selepas kelulusan pihak berkuasa melulus.
  7. Status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  8. Semua sekolah mencapai minimum tiga (3) bintang berdasarkan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun semasa.
  9. Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan kepada kontraktor dan perunding dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Lembaga Perolehan bersidang.
  10. Dokumen kontrak dikemukakan kepada kontraktor dan jabatan pengguna dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja daripada tarikh ditandatangani.
  11. Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).
  12. Memperakui penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam.
  13. Menyelesaikan segala aduan dalam tempoh sepuluh (10) hari waktu bekerja.
  14. Keputusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) dimaklumkan melalui laman web KPM dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP).

 


.

PIAGAM PELANGGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI
 
Kami, warga Pejabat Pendidikan Daerah Kulai,   
dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
 
1. Menempatkan guru baharu dalam tempoh  14  hari  bekerja  selepas senarai bekalan guru diterima;
2. Memastikan pertukaran guru diurus dua kali setahun (Januari dan Jun) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan sehingga tarikh surat kelulusan pertukaran;
3. Memastikan   pertukaran   anggota   kumpulan   pelaksana   diurus   empat   kali setahun (Januari, April, Julai dan Oktober) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan sehingga tarikh surat kelulusan pertukaran;
4. Meluluskan penempatan dan pertukaran murid yang memenuhi syarat dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
5. Memastikan setiap sekolah menyediakan buku teks, meja dan kerusi kepada setiap murid pada hari pertama sesi persekolahan;
6. Menyelesaikan aduan awam dalam tempoh 15 hari bekerja;
7. Melunaskan bayaran invois dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan;
8. Melaksanakan   latihan   dalam  perkhidmatan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun kepada semua pegawai dan anggota kumpulan pelaksana;
9. Menyerahkan   slip   keputusan   peperiksaan   awam   kepada   semua   sekolah sebelum pukul 10.00 pagi pada hari keputusan diumumkan;
10. Memastikan setiap guru dicerap dua kali setahun;
11. Memastikan   data   kehadiran   murid   setiap   sekolah   dikumpul   sebelum   atau pada 5hb. bulan berikutnya.
 
 Dikemaskini pada 06 September 2016
 Diuruskan oleh Unit Perkhidmatan
Hits: 5928