• misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE TAHUN 1 SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2019 DAN 2020

Print
Featured
Category: Unit Pengurusan Sekolah Published on Wednesday, 28 February 2018 Written by Maziah bte Fadzil
Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Kulai.

Semua permohonan penetapan kanak-kanak masuk ke Sekolah Rendah Harian Negeri Johor (Tahun 1) hanya boleh dibuat seawal DUA TAHUN sebelum kanak-kanak itu bersekolah bagi kumpulan berikut :-

  • Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2012 hingga 1.1.2013 yang belum membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2019.
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2013 hingga 1.1.2014 untuk tahun persekolahan 2020.

 

Semua urusan permohonan penempatan hendaklah dilaksanakan mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018 melalui 2 pilihan :-

  • Pendaftaran di sekolah

              Tarikh : 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018

              Hari : Hari bekerja

              Masa : Waktu pejabat

 
  • Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) oleh ibu bapa / penjaga kanak-kanak (warganegara sahaja) di laman sesawang http://public.moe.gov.my mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018.

 

Permohonan penempatan ini hanya merupakan satu permohonan kanak-kanak untuk memasuki sekolah. JPN / PPD tidak menjamin kanak-kanak berkenaan akan ditempatkan di sekolah di mana mereka membuat permohonan. Penempatan bergantung kepada kekosongan di sekolah tersebut.

 
Sekian, terima kasih.
 
MOHD SUKOR BIN MARZUKI
PEN. PPD MENENGAH ( MURID )
PPD KULAI
Powered by Bullraider.com
Hits: 402