• misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


PROGRAM GURU PEMBINA NEGARA BANGSA SIRI-1 2017

Print
Category: Unit Pengurusan Sekolah Published on Sunday, 13 August 2017 Written by Mohd Suhaimi Bin Mohamad Ali

Kepada Pengetua dan Guru Besar,

Sekolah-sekolah Daerah Kulai

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kulai akan mengadakan program di atas mengikut ketetapan berikut:

Tarikh             :  16 Ogos 2017 (Rabu)

Masa               :  8.30 Pagi – 5.00 Petang

Tempat           :  Dewan Seminar, PPD Kulai

 

Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memaklumkan surat ini serta membenarkan guru atau staf di bawah pentadbiran tuan untuk menghadiri program tersebut. Dengan ini juga, dilampirkan Senarai Bilangan Peserta Mengikut Sekolah dan Senarai Nama Peserta Program mengikut ketetapan masa di dalam jadual yang telah diselaraskan untuk memudahkan pengurusan sekolah dalam menjaga masa instruksional (MMI). Mohon diingatkan kepada para peserta bahawa program akan dijalankan tepat pada masa setiap slot yang telah dijadualkan. Oleh itu, diminta para peserta telah berada di dalam Dewan Seminar selewat-lewatnya 10 minit sebelum ianya bermula. Untuk senarai penuh peserta yang terlibat, pihak tuan boleh merujuk di portal ppd Kulai di alamat http://ppdkulai.com/v9/. Segala kerjasama tuan dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Segala kerjasama tuan dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Suhaimi bin Mohamad Ali, Pegawai Meja Program Guru Pembina Negara Bangsa Daerah Kulai di talian019-7318180 / 07-6605550.

Powered by Bullraider.com
Hits: 385