• misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


RCE ISKANDAR SUSTAINABLE AND LOW CARBON EXHIBITION 2018

Print
Category: Unit Pengurusan Akademik Published on Tuesday, 03 July 2018 Written by MOHD NAZIB BIN SHARIFF

Penyelaras Program IMELC

Melalui,

 

Guru Besar

Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kulai

 

Tuan,

 

RCE ISKANDAR SUSTAINABLE AND LOW CARBON EXHIBITION 2018

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Bersama-sama ini dilampirkan surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor, nombor rujukan JPNJ.SPA.600-10/2/12 (11) bertarikh 01 Julai 2018 berkaitan dengan perkara di atas untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

 

3.         Sehubungan dengan itu, semua sekolah di Daerah Kulai  adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan yang berupa pameran tersebut. Maklumat lanjut berkenaan penyertaan tersebut boleh didapati di dalam portal PPD Kulai. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar melalui email di alamat: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum Khamis, 12 Julai 2018.

 

 4. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan dengan perkara ini, sila hubungan En. Mohd Nazib bin Shariff di talian 017-7955416. Kerjasama tuan amat dihargai.

 

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

(HJ ISHAK BIN MAHBOB)

Pegawai Pendidikan Daerah Kulai,

Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

Powered by Bullraider.com
Hits: 227