• misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2018 SEMPENA PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Print
Category: Unit Pengurusan Akademik Published on Wednesday, 24 January 2018 Written by MOHD NAZIB BIN SHARIFF

Guru Besar dan Pengetua

Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah

Daerah Kulai

Tuan,

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2018 SEMPENA PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Bersama-sama ini dilampirkan surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor, nombor rujukan KPM.100.16/1/7 JLD.6(9) bertarikh 16 Januari 2018 berkaitan dengan perkara di atas untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

 

3.         Untuk makluman, terdapat empat (4) kategori yang dipertandingkan bagi memberi penghargaan kepada guru yang menghasilkan idea kreatif dan inovatif adalah seperti berikut:

a.         Individu Prasekolah                             - 1 pencalonan

b.         Individu Sekolah Rendah                     - 1 pencalonan

c.         Individu Sekolah Menengah/Teknik

/Agama/Kolej Vokasional                   - 1 pencalonan

d.         Kumpulan                                            -  1pencalonan

 

4.         Sehubungan dengan itu, panduan dan borang pencalonan boleh dimuat turun melalui Portal Pejabat Pendidikan Daerah Kulai. Pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia sebelum atau pada 28 Februari 2018.  Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan dengan perkara ini, sila hubungan En. Mohd Nazib bin Shariff , Pen. PPD Sains dan Matematik (Rendah) di talian 017-7955416. Kerjasama tuan amat dihargai.

 

 

 

“SEHATI SEJIWA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Powered by Bullraider.com
Hits: 837