• misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


PELAKSANAAN PENARAFAN SEKOLAH YANG MEMBUDAYAKAN KBAT DI BAWAH INISIATIF #20 – PENILAIAN KENDIRI

Print
Category: Unit Pengurusan Akademik Published on Wednesday, 24 January 2018 Written by MOHD NAZIB BIN SHARIFF

Guru Besar dan Pengetua

Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah

Daerah Kulai

 

Tuan,

 

PELAKSANAAN PENARAFAN SEKOLAH YANG MEMBUDAYAKAN KBAT DI BAWAH INISIATIF #20 – PENILAIAN KENDIRI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Bersama-sama ini dilampirkan surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor, nombor rujukan JPN.SPA(05)600-10/2/1 JLD.10(56) bertarikh 22 Januari 2018 berkaitan dengan perkara di atas untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

 

3.         Untuk makluman, semua instrumen Penilaian Kendiri Sekolah boleh dimuat turun melalui Portal Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) – Penilaian Kendiri Sekolah melibatkan:

a.         Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

b.         Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

c.         Kokurikulum

 

4.         Sehubungan dengan itu, tuan diminta untuk menghantar skor Kelayakan Penarafan pada atau sebelum 21 Februari 2018 bagi tujuan penggabungan di peringkat Daerah Kulai. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan dengan perkara ini, sila hubungan En. Mohd Nazib bin Shariff , Pen. PPD Sains dan Matematik (Rendah) di talian 017-7955416 atau En. Elanggovan a/l M. Savarimuthu, Pen. PPD Sains dan Matematik (Menengah) di talian 013-7789715. Kerjasama tuan amat dihargai.

“SEHATI SEJIWA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Powered by Bullraider.com
Hits: 624