• banner
  • misi
  • visi
  • Banner baru


DIALOG PRESTASI BIL. 1/2018 DAERAH KULAI

Print
Category: Unit Pengurusan Akademik Published on Thursday, 11 January 2018 Written by MOHD NAZIB BIN SHARIFF

Guru Besar

Sekolah-sekolah Rendah Daerah Kulai

Tuan,

DIALOG PRESTASI BIL. 1/2018 DAERAH KULAI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kulai akan mengadakan Dialog Prestasi tersebut seperti ketetapan berikut:

 

            Tarikh              :           17 Januari 2018 (Rabu)

            Masa                :           9.00 pagi – 12.00 tengah hari

            Tempat            :           Bilik Seminar, PPD Kulai

 

3.         Agenda mesyuarat:

3.1       Ucapan alu-aluan pengerusi

3.2       Pembentangan laporan/isu

            3.2.1    Pencapaian Peperiksaan UPSR 2017

            3.2.2    Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5 2017

3.3       Hal-hal lain

3.4       Penutup

 

4.         Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dipohon untuk hadir ke dialog tersebut dengan bersiap sedia dari segi data berikut

    i.            Bilangan murid yang memperoleh semua E berserta mengenal pasti punca dan intervensi.

    ii.            Bilangan murid yang gagal satu atau dua mata pelajaran berserta mengenal pasti mata   pelajaran, kelas dan guru yang terlibat

    iii.            Sekolah yang mengalami kemerosotan peratus kelulusan menguasai antara 2016 dan 2017 berserta mengenal pasti punca dan intervensi.

Tapak analisisUPSR 2017 dan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5 2017 boleh dimuat turun di portal PPD Kulai.

 

5.         Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi En. Saliman bin Selamat, Pengurus Program DTP, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai melalui 019-7757247.

 

Sekian, terima kasih.

 

“SEHATI SEJIWA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Powered by Bullraider.com
Hits: 641