• misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


PELAPORAN PELAKSANAAN PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) 2017 : KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) TINGKATAN 2 KURIKULUM STANDARD SEKOLA MENENGAH (KSSM) KEPADA GURU-GURU DI SEKOLAH

Print
Featured
Category: Unit Pengurusan Akademik Published on Wednesday, 10 January 2018 Written by Kamaruddin Bin Mohd. Ali

PELAPORAN PELAKSANAAN PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) 2017 : KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) TINGKATAN 2 KURIKULUM STANDARD SEKOLA MENENGAH (KSSM) KEPADA GURU-GURU DI SEKOLAH

 

Sukacitanya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

 

2.         Untuk makluman pihak tuan, Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Kulai telah melaksanakan Kursus Orientasi DSKP KSSM Fasa 3 (Jurulatih Utama Negeri kepada Ketua Panitia/Guru Mata Pelajaran wakil bagi setiap sekolah di dalam daerah Kulai) bermula Ogos sehingga Oktober 2017 untuk pelaksanaan di tahun 2018 seperti butiran berikut;

 

            2.1       Kursus Orientasi DSKP KSSM Tingkatan 2 – Mata pelajaran Aliran Perdana dan

Pendidikan Khas.

            2.2       Kursus Orientasi DSKP KSSM Tingkatan 5 – Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas

(MPEI); dan

            2.3       Kursus Orientasi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Tingkatan 1 dan 4 – mata

pelajaran KBD

 

3.         Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasabaik pihak tuan adalah dipohon untuk melaksanakan tindakan berikut ;

 

            3.1       Memastikan pelaksanaan Kursus Orientasi DSKP KSSM di peringkat sekolah telah

dilaksanakan sebelum menjelang sesi persekolah 2018.

            3.2       Melengkapkan dan menyediakan pelaporan menggunakan maklumat Lampiran A.

(Sila Muat turun )

            3.3       Mengumpul pelaporan semua mata pelajaran berkaitan dan menghantar

pelaporan ke PPD secara bercetak sebelum / pada 15 Januari 2018 (Isnin).

 

4.         Sebarang maklumbalas dan pertanyaan lanjut tuan boleh berhubung dengan En.Kamaruddin Bin Mohd Ali, Pen.PPD Teknik dan Vokasional melalui talian 07-6605530.

 

 

Sekian, Terima Kasih.

Attachments:
Download this file (LAMPIRAN A LAPORAN KSSM FASA 4.docx)LAMPIRAN A LAPORAN KSSM FASA 4.docx[ ]13 Kb
Powered by Bullraider.com
Hits: 392