• banner
  • misi
  • visi
  • Banner baru


PEMERKASAAN PROGRAM BIJAK SIFIR SEKOLAH RENDAH DAERAH KULAI

Print
Category: Unit Pengurusan Akademik Published on Sunday, 19 November 2017 Written by MOHD NAZIB BIN SHARIFF

Ketua Panitia Matematik

Melalui,

Guru Besar

Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kulai

Tuan,

PEMERKASAAN PROGRAM BIJAK SIFIR SEKOLAH RENDAH DAERAH KULAI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kulai bersama Panel Perunding Mata Pelajaran Matematik berhasrat untuk melaksanakan Pemerkasaan Program Bijak Sifir Sekolah Rendah. Program ini bertujuan untuk membantu dalam peningkatan prestasi mata pelajaran Matematik dan pembudayaan Bijak Sifir di Daerah Kulai.

3.         Sehubungan dengan itu, setiap Sekolah Rendah diminta untuk melaksanakan Program Bijak Sifir sejajar dengan hasil Mesyuarat Panel Perunding Mata Pelajaran Matematik bil. 2/2017 yang lalu. Bersama dengan ini disertakan pautan Google Drive  sebagai panduan pelaksanaan berkenaan Program Bijak Sifir tersebut.

http://bit.ly/2jv8zq2

5.         Sebarang pertanyaan  atau  kemusykilan berkaitan dengan perkara ini, sila hubungi En. Mohd Nazib bin Shariff, Pen. PPD Sains dan Matematik (Rendah) di talian 017-7955416. Kerjasama tuan dalam menjayakan program ini didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Powered by Bullraider.com
Hits: 174