• misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


URUSAN KENAIKAN PANGKAT KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBK2) BAGI PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2018

Print
Category: Unit Perkhidmatan Published on Monday, 26 February 2018 Written by Nilam Binti Md Tahir

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kulai

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanankan urusan kenaikan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK2) bagi Jawatan Pembantu Tadbir (P/O) / Penyelia Asrama Gred N22 / Pembantu Makmal Gred C22 dan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22 ke Gred N26/C26/W26 (KUP) bagi pegawai yang telah berada di Gred N22 pada atau sebelum 1 Mac 2005.

3. Segala permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Unit Perkhidmatan, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai UP: Pn. Nilam binti Md. Tahir pada atau sebelum 08 Mac 2018.

4. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan mengenai perkara ini boleh hubungi Unit Naik Pangkat di talian 07-2311422 (Puan Azadiah Binti Hussein) atau 07-2311423 (Puan Salmah Binti Jahidin).
 

Sila layari pautan berikut bagi tujuan memuat turun borang dan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/index2.php?UT=4&MN=40&BHS=&JN=&W=2874


Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

 

Terima Kasih.

Powered by Bullraider.com
Hits: 415