• banner
  • misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT PPP YANG SEDANG MEMANGKU GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG DI BAWAH URUSAN TAHUN 2016

Print
Category: Unit Perkhidmatan Published on Monday, 30 October 2017 Written by Maziah bte Fadzil

Pengetua dan Guru Besar,

Dengan segala hormatnya saya telah diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) telah memutuskan PPP yang telah diluluskan penempatan pemangkuan ke Gred DG42 (KUP) boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat setelah genap setahun memangku.

2. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon untuk mengemukakan perakuan kenaikan pangkat PPP di bawah pentadbiran tuan yang telah diluluskan pemangkuan ke Gred DG42(KUP) di bawah urusan tahun 2016 berdasarkan tarikh pemangkuan pada tempoh yang ditetapkan dan memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat ke Gred DG42(KUP).

3. Surat Siaran dari KPM dan juga dokumen-dokumen berkaitan boleh dimuat turun di Portal JPNJ. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, boleh hubungi Pn. Nilam Binti Md Tahir dan En. Abd Halim Bin Mihat , PPD Kulai di talian 07-6605546 dan 07-6605573.

Sekian Terima Kasih.

Powered by Bullraider.com
Hits: 315