• misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


PENJAMINAN KUALITI MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN PT3 PELBAGAI INSTRUMEN SEJARAH

Print
Featured
Category: Unit Peperiksaan Published on Thursday, 27 July 2017 Written by Noorhizam bin Arman

Semua Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan dan Swasta
(u.p. KPMP dan GMP Sejarah)
 
Tuan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa KPKw dan PKw PT3 Sejarah akan melaksanakan penjaminan kualiti dengan membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan calon dan verifikasi markah dan gred Pentaksiran Tingakatan 3 (PT3) bagi mata pelajaran Sejarah mulai 1 - 9 Ogos 2017.
 

Sehubungan itu, kerjasama tuan dipohon untuk memastikan KPMP dan GMP telah melaksanakan moderasi pertama di peringkat sekolah.

Kerjasama tuan juga dipohon untuk :- 

1. Menempatkan semua Skrip Jawapan Calon (SJC)  dan Pentaksir Sekolah di sebuah bilik yang bersesuaian dan selamat

2. SJC disusun mengikut tiga aras pencapaian murid iaitu rendah, sederhana dan      tinggi.

3. Pengetua, KPMP dan Setiausaha PT3 mengisi borang post mortem dan diserahkan kepada KPKw/Pkw.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila hubungi En Noorhizam bin Arman di talian 0189073558.

Harap maklum. Terima kasih.     

 

           

            

Attachments:
Download this file (BORANG POST MORTEM.pdf)BORANG POST MORTEM.pdf[ ]20 Kb
Download this file (JADUAL MODERASI SEJARAH 2017.pdf)Jadual Pemantauan[ ]21 Kb
Powered by Bullraider.com
Hits: 110