• misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


Manual Dan Dokumen Kualiti Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Tahun 2018

Print
Most Hit
Category: Unit Pengurusan Kualiti Published on Wednesday, 27 December 2017 Written by Surjana bin Shukor

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kulai

Tuan,

MANUAL DAN DOKUMEN KUALITI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK) TAHUN 2018

 

Dengan hormatnya perkara di atas dan surat JPNJ.SJQ(43)/100-6/5/6 Jld. 4 (7) bertarikh 17 Disember 2017 adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan selaras dengan keperluan untuk meningkatkan kualiti pengurusan dokumen sekolah, tuan dimohon memuat turun manual dan dokumen kualiti SPSK bertarikh 01 Januari 2018: Keluaran 05 Pindaan 00 daripada Telegram kumpulan SLCPPD Kulai pada 27/12/2018 bagi penggunaan yang berkuatkuasa pada 01 Januari 2018.

3.         Sehubungan dengan itu, manual dan dokumen tersebut yang bercetak ’SALINAN TERKAWAL’ di halaman hadapan hendaklah dicetak satu salinan sahaja untuk simpanan sekolah, manakala manual dan dokumen yang diedarkan kepada semua Penyelaras Prosedur Kualiti yang dilantik dan guru-guru berkenaan hendaklah dicap atau dicetak ’SALINAN TIDAK TERKAWAL’ di setiap halaman untuk tujuan kawal dokumen. Semua dokumen kualiti SPSK terdahulu adalah terbatal.

4.         Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila berhubung terus kepada En. Surjana Bin Shukor, Penolong PPD Pengurusan Kualiti, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai di talian 076632677/0197587799.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Powered by Bullraider.com
Hits: 3710