• misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


PERMOHONAN DARI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI BAHAN RADIOAKTIF YANG HENDAK DILUPUSKAN TAHUN 2018

Print
Category: Unit Aset dan Perolehan Published on Wednesday, 06 June 2018 Written by HJ MOHD SHUKRI BIN HJ ARSHAD

Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Kulai

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

PERMOHONAN DARI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI BAHAN RADIOAKTIF YANG HENDAK DILUPUSKAN TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas dan surat rujukan JPNJ.ASET.300-4/5/1 (11) bertarikh  05 Jun 2018 adalah berkaitan.

 

2.       Untuk makluman tuan/puan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sedang mengemaskini maklumat sekolah-sekolah yang masih mempunyai bahan Radioaktif yang telah mencapai nilai susut aktiviti maksimum dan tidak sesuai lagi untuk digunakan serta perlu dilupuskan. Pelupusan bahan Radioaktif ini, hendaklah melalui kaedah pemulangan semula kepada lokasi asal atau melalui kaedah-kaedah lain yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

 

3.       Sehubungan itu, dipohon pihak sekolah terbabit dapat mengumpul semua maklumat dan  data terkini sebagaimana di Format Lampiran A dan A1 yang disertakan.

 

4.         Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Unit Pembangunan dan Perolehan, dan tuan / puan boleh menghubungi pegawai sebagaimana berikut: a) Hj Mohd Shukri bin Hj Arshad ditalian 07-660 5557

b) En. Mohd Noh bin Ahmadi ditalian 07-660 5504

5.       Data yang telah lengkap hendaklah segera diemailkan kepada:  shukri.arshad @moe.gov.my  dan salinan hardcopy dihantar ke Unit Perolehan dan Pengurusan Aset,  Pejabat Pendidikan Daerah Kulai selewat-lewatnya pada atau sebelum 12 Jun 2018 (Selasa) jam 4.00 petang. Perhatian dan kerjasama tuan amatlah diperlukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.     

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

Attachments:
Download this file (Lampiran A dan Lampiran A1 2018.xls)Lampiran A dan Lampiran A1 2018.xls[ ]58 Kb
Download this file (radioaktif.pdf)radioaktif.pdf[ ]1119 Kb
Powered by Bullraider.com
Hits: 172