• misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


PEMASANGAN ALAT PENYAMAN UDARA YANG DIPEROLEH MELALUI SUMBANGAN HADIAH ATAU SELAIN PERUNTUKAN MENGURUS DI BAWAH KPM

Print
Category: Unit Aset dan Perolehan Published on Monday, 28 May 2018 Written by HJ MOHD SHUKRI BIN HJ ARSHAD

Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Kulai

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

 

PEMASANGAN ALAT PENYAMAN UDARA YANG DIPEROLEH MELALUI SUMBANGAN HADIAH ATAU SELAIN PERUNTUKAN MENGURUS DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas dan surat rujukan KPM.200-7/1/18 Jld.9(22) bertarikh 28 Disember 2017 dan JPNJ.ASET.100-1/9/1 (02) bertarikh 18 Januari 2018 adalah berkaitan.

 

2.    Adalah dimaklumkan bahawa, semua sekolah hendaklah mematuhi peraturan dalam menguruskan pemasangan alat penyaman udara yang diperolehi secara sumbangan hadiah atau selain peruntukan mengurus dengan lebih teratur.

 

3.    Ini berikutan, masih ada sekolah-sekolah tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) KPM. Bersama-sama ini, disertkan sekali Lampiran A dan Lampiran A1 untuk rujukan semua sekolah. 

 

4.    Kerjasama dan tindakan pihak tuan amat di hargai.

 

Sekian, Terima Kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Klik di sini untuk muat turun fail 

Powered by Bullraider.com
Hits: 394