• banner
  • misi
  • visi
  • Banner baru


LAPORAN TAHUNAN PENGURUSAN ASET DAN STOR BAGI TAHUN 2017

Print
Category: Unit Aset dan Perolehan Published on Saturday, 06 January 2018 Written by MOHD SHUKRI BIN ARSHAD

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kulai

Tuan,

LAPORAN TAHUNAN PENGURUSAN ASET DAN STOR BAGI TAHUN 2017

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Bersama-sama ini, disertakan contoh Laporan Tahunan bagi tahun 2017 yang perlu disediakan oleh sekolah PTJ dan  sekolah harian biasa untuk digabung diperingkat Pejabat Pendidikan Daerah Kulai.

3.         Laporan yang telah lengkap hendaklah di hantar ke Unit Pembangunan dan Perolehan sebelum atau pada hari Selasa 09.01.2018 selewat-lewatnya jam 10.30 pagi.

4.        Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Unit Pembangunan dan Perolehan, dan tuan / puan boleh menghubungi pegawai sebagaimana berikut:

a) Hj Mohd Shukri bin Hj Arshad ditalian 07-660 5557
b) En. Mohd Noh bin Ahmadi ditalian 07-660 5504
 

5.         Pihak PPD Kulai mengharapkan pihak sekolah dapat menghantar laporan tersebut pada tarikh yang telah di tetapkan untuk digabungkan di Peringkat Daerah seterusnya ke Peringkat Negeri.

6.         Segala kerjasama yang diberikan dan tindakan segera tuan/puan amat dihargai. 

Sekian, terima kasih.

 

“SEHATI SEJIWA” 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

 

Attachments:
Download this file (LAPORAN TAHUNAN 2017.zip)LAPORAN TAHUNAN 2017.zip[ ]1759 Kb
Powered by Bullraider.com
Hits: 568