• misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


MAKLUMAN PENARAFAN SSQS 2018

Print
Featured
Category: Pusat Kegiatan Guru Published on Monday, 16 July 2018 Written by PKG Bandar Kulai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengetua / Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Kulai

Tuan,

MAKLUMAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya pekara di atas di rujuk.

2.             Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan pelaksanaan dan pemantauan penarafan pembestarian sekolah yang dilaksanakan secara atas talian mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2018 seperti surat nombor rujukan KPM600 – 11 / 1 / 4 Jld. 2 ( 35 ) bertarikh 21 Mei 2018.

3.             Sehubungan dengan itu, semua sekolah di negeri Johor diminta memulakan proses penarafan secara atas talian ini pada pautan berikut :

 

http://best.moe.edu.my/ssqs/johor/

 

4.             Bagi membantu proses pelaksanaan ini, pihak BTP Negeri Johor dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang berhampiran akan bersedia membantu di samping panduan SSQS turut disediakan di pautan tersebut. Pihak sekolah diminta memohon bantuan Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT selaku admin di peringkat sekolah.

5.             Selain itu, pihak tuan diminta mendapatkan senarai token untuk semua responden bagi melaksanakan proses penarafan. Senarai token tersebut boleh diperolehi melalui log masuk Admin pada pilihan menu Sekolah menggunakan kata laluan kod sekolah masing-masing.

6.             Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Nabil Bin Abdollah, Pusat Kegiatan Guru Bandar Kulai di talian 019-7410860 atau En. Fairul Hassran Bin Samsudin, Pusat Kegiatan Guru Sungai Sayong di talian 011-10974425.

Sekian, terima kasih.          

 

Attachments:
Download this file (surat SSQS 2018 JPNJ-1.pdf)surat SSQS 2018 JPNJ-1.pdf[ ]317 Kb
Powered by Bullraider.com
Hits: 1079