CATATAN DIALOG PRESTASI BIL. 2/2017
Guru Besar,
Sekolah-sekolah Rendah Daerah Kulai
CATATAN DIALOG PRESTASI BIL. 2/2017
Bersama-sama ini disertakan catatan Dialog Prestasi Bil. 2/2017 untuk makluman tuan selanjutnya. Sila log masuk untuk muat turun bahan.
Surat berkaitan dengan perkara ini telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah tuan di PPD Kulai.
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara ini, sila hubungi En. Saliman bin Selamat, Pengurus DTP PPD Kulai 019-7757247.
Sekian, terima kasih.
UPSR 2013: Tahniah! Kulaijaya merangkul pelbagai anugerah cemerlang.


JOHOR BAHRU 14 Nov - Bertempat di Dewan Seminar, Aras Enam, Jabatan Pendidikan Johor, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2013 Negeri Johor yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Md. Hasidin Bin Haji Zaini, Timbalan Pengarah Pendidikan Johor, Jabatan Pendidikan Johor.
Daerah Kulaijaya yang diterajui oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kulai, Yang Berbahagia Datin Hajah Hasnah Binti Md. Sem telah hadir bagi menerima pengiktirafan dan penghargaan setelah berjaya merangkul pelbagai anugerah iaitu;
----------------------------------------------------------------------------------
ANUGERAH CEMERLANG GPS TERBAIK
SEKOLAH > 200 ORANG CALON
SK TAMAN SRI PULAI (KE-2) - GPS 1.90
----------------------------------------------------------------------------------
ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG
GPS TERBAIK SEKOLAH ORANG ASLI
SK SAYONG PINANG (PERTAMA) - GPS 2.13
----------------------------------------------------------------------------------
ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG ETR
SEKOLAH MENCAPAI ETR (Expected Target Result)
SK SRI PULAI PERDANA
SK SRI GUNUNG PULAI
SJKT LADANG KELAN
SK AYER MANIS
----------------------------------------------------------------------------------
ANUGERAH CEMERLANG ANJAKAN SAUJANA
SEKOLAH CEMERLANG ANJAKAN SAUJANA
SJKC SENGKANG (KE-23) - 0.65
SJKC CHING YEH - 0.62
----------------------------------------------------------------------------------
ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG INTEGRASI
CALON PENDIDIKAN KHAS - SJKT
SJKT LADANG KULAI BESAR - 2.25
----------------------------------------------------------------------------------
ANUGERAH PPD CEMERLANG
ANJAKAN SAUJANA
KULAI (KE-2) - 0.08
----------------------------------------------------------------------------------
ANUGERAH PPD CEMERLANG
GRED PURATA DAERAH TERBAIK - SK
KULAI (KE-3) - 2.06
----------------------------------------------------------------------------------
ANUGERAH CALON CEMERLANG
KATEGORI CALON ASLI
ADIK SHAFIKA BINTI AZAMAIN
SK SAYONG PINANG - 3A 2B
(KE-4)
----------------------------------------------------------------------------------
ANUGERAH CALON CEMERLANG
KATEGORI CALON BERKEPERLUAN KHAS (PENGLIHATAN)
ADIK NASRUL AIZUDDIN BIN ZULKIFLI
SK TAMAN SRI PULAI - 2A 3B
(KE-3)
----------------------------------------------------------------------------------
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga pendidikan daerah Kulaijaya, khasnya kepada sekolah-sekolah yang telah mengharumkan nama Pejabat Pendidikan Daerah Kulai dalam UPSR kali ini.
Diharapkan kecemerlangan seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa hadapan.
Tahniah sekali lagi.
Kredit foto oleh En Shahfadir Bin Drahman, SK Taman Sri Pulai.
Perutusan PPD Kulai Sempena Hari Raya Aidilfitri 2014M/1435H

TN. HJ. ISHAK BIN MAHBOB
AlFatihah: Isteri kepada En Ayatul Kauthar Meninggal Dunia

Dukacita dimaklumkan bahawa, isteri kepada Encik Ayatul Kauthar bin Basemin, Pen. PPD Teknologi dan Maklumat, telah kembali ke Rahmatullah pada lebih kurang jam 11.30 malam, 4 Julai 2013 disebabkan komplikasi pernafasan. Bersama kita sedekahkan AlFatihah kepada Allahyarhamah Puan Norhaslinda bte Abd Ghani semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AlFatihah.
Kami, warga kerja PPD Kulai juga merakamkan ucapan takziah kepada En Ayatul Kauthar dan keluarga dan semoga beliau tabah menghadapi ujian Allah ini.
Harap maklum.