• misi
  • visi
  • merdeka 2017
  • Banner baru


Error
  • Error loading feed data


PENGURUSAN ADUAN SISTEM eSPKWS DAN ID CAPAIAN SISTEM eSPKWS

Print
Featured
Category: Unit Kewangan Published on Tuesday, 24 April 2018 Written by Noor Aniza Binti Aris

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

 

2.        Dimaklumkan bahawa mulai 1 April 2018, peranan pentadbir sistem eSPKWS (peranan Admin) bagi menyelesaikan aduan sistem eSPKWS dari sekolah telah diperluaskan kepada semua Akauntan dan Penolong Akauntan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pelaksanaan ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kumpulan Wang Amanah Sekolah (KWAS) Bil. 1 Tahun 2017 agar aduan sistem eSPKWS dari sekolah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan efektif.Sejajar dengan ini, maka semua aduan sistem eSPKWS hendaklah disalurkan dan diselesaikan oleh Unit Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai melalui alamat email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

3.         Bagi permohonan ID capaian sistem eSPKWS bagi pengguna baru/kemaskini di sekolah pula boleh dibuat di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan sebarang permohonan hendaklah melalui Unit Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai dengan disertakan bersama :

 

            3.1 Borang Capaian Sistem eSPKWS

            3.2 Salinan Kad Pengenalan

            3.3 Salinan Surat Pemangkuan/Penempatan sekiranya berkenaan

            3.4 Salinan Surat Kelulusan tanggung kerja bagi peranan Pelulus dari JPN/PPD

 

 4.        Bersama-sama ini disertakanBorang Capaian Sistem eSPKWS,Carta Alir Pengurusan Aduan eSPKWS dan Carta Alir Permohonan Capaian ID Pengguna eSPKWS.

 

5.         Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Nordiana binti Sapuan ditalian 07-6636679 dan Puan Noor Aniza Binti Aris ditalian 07-6605506.

 

Sekian, terima kasih.

 

p/s : Sila LOG IN untuk muat turun

Powered by Bullraider.com
Hits: 987